Jumat, 18 April 2014

Urut "Buah" Buang Hantu, Ustaz Ditahan Polis

Tags







bomoh, ustaz, kes cabul, buang hantu, hantu dalam badan, rawatan tradisional,
SABAK BERNAM – Polis menahan reman seorang bomoh bergelar ‘ustaz’ selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul selepas lelaki itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, lelaki berusia 53 tahun itu tiba kira-kira jam 11 tengah hari selepas dihubungi pegawai penyiasat polis yang memintanya hadir bagi membantu siasatan.

Menurutnya, penahanan lelaki itu diharapkan dapat merungkai kes cabul yang melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga yang mengikut bapanya bagi menjalani rawatan kesihatan membuang ‘hantu’ dalam badan.

“Selain itu, polis turut merampas beberapa barangan digunakan bomoh itu semasa rawatan seperti selimut; sarung bantal; minyak gamat; kain berwarna hitam dan sarung tangan getah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lelaki yang tinggal di Sabak Bernam itu bekas ustaz di sebuah sekolah dan telah lama mengamalkan rawatan tradisional sejak berpencen.

Sinar Harian semalam melaporkan, seorang gadis dicabul seorang bomoh di bahagian dada dan kemaluan.

Kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku sewaktu bapa mangsa berusia 46, ingin mendapatkan rawatan tradisional selepas mengadu sakit perut.

Sebaik bapa mangsa tiba di rumah ustaz itu, lelaki yang turut membawa anak perempuannya berusia 15 tahun itu diarahkan suspek baring dengan keseluruhan badannya ditutup dengan kain dan menutup lampu rumah berkenaan.

Suspek kemudiannya memberitahu kepada bapa mangsa hantu di dalam badannya itu telah berpindah ke badan anaknya (mangsa) dan menyuruh gadis itu baring di ruang tamu rumah dengan ditutupi kain.

Suspek kemudiannya mengarahkan bapa mangsa bangun dan duduk di atas kerusi sambil suspek meneruskan rawatan ke atas mangsa kononnya ingin membuang hantu dalam badan gadis berkenaan.

Sebaik saja bapa mangsa duduk di kerusi itu, dia yang kepenatan terlelap kira-kira 20 minit dan apabila tersedar dari tidur, dia terkejut apabila mendapati bomoh terbabit sedang leka meraba badan anaknya.

Berang dengan perlakuan jijik suspek, bapa mangsa terus mengajak anaknya itu pulang ke rumah dan membuat laporan polis.


EmoticonEmoticon